Selamat maju jaya

Selamat maju jaya

Mutiara Kata

Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran.

Kata-kata Indah

Jika kita berbuat baik, kebaikan pula yang akan kita terima kelak.
 

Prinsip Utama Sistem Demokrasi Berparlimen

Saturday, August 14, 2010



Raja Berperlembagaan

Perlembagaan telah memperuntukan bahawa Ketua Negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Perkara ini dipertuntukkan dalam Bahagian 4, Bab 1, Perkara 32. Perlantikan YDPA dibuat oleh Majlis Raja-raja secara bergilir-gilir selepas lima tahun. Sebagai Ketua Negara, YDPA memegang kuasa tertinggi dalam pentadbiran negara seperti perundangan, pentadbiran, kehakiman, ketenteraan dan sebagainya menurut Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan.



Ketua Negeri

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, Malaysia mengamalkan corak pemerintahan pembahagian kuasa ant

ara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Negeri. Kuasa pentadbiran di peringkat negeri dipegang oleh raja/sultan sebagai Ket

ua negeri. Manakala di Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Melaka digelar Yang Dipertua Negeri.

Parlimen

Parlimen Malaysia merupakan badan perundangan kebangsaan Malaysia, berdasarkan sistem Parlimen Westminster. Parlimen Malaysi

a terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara (Senat). Ahli Dewan Rakyat dikenali sebagai Ahli Parlimen, manakala ahli Dewan Negara diberi gelaran Senator.


Sumber : Teks Pengajian Tinggi Fajar Bakti. Pengajian Malaysia (2004)

0 comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails