Selamat maju jaya

Selamat maju jaya

Mutiara Kata

Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran.

Kata-kata Indah

Jika kita berbuat baik, kebaikan pula yang akan kita terima kelak.
 

BAB 2 DEMOKRASI DI MALAYSIA

Saturday, August 14, 2010

Dalam bab ini akan membincangkan tentang konsep demokrasi dan perjalanan demokrasi di Malaysia. Selain itu mengetahui teras kepada konsep demokrasi di Malaysia.

Pengenalan

Sebelum kemerdekaan, Tanah Melayu diperintah secara berasingan oleh British iaitu Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB), Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) dan Negeri-negeri Selat (NNS). Ketiga-tiga bentuk pentadbiran ini diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Kemudian timbulnya desakan daripada orang tempatan untuk menyertai Majlis Perundangan Persekutuan (MMP).




Sistem Ahli diperkenalkan dan diikuti dengan Pilihan Raya Bandaran Pulau Pinang (1951) dan Kuala Lumpur (1952). Parti yang menang akan meletakkan wakil menyertai majlis Perundangan Persekutuan yang merupakan Kabinet. Bermulanya sistem pemerintahn demokrasi berbentuk Barat dalam pentadbiran Tanah Melayu sehingga kemerdekaan pada tahun 1957.



Konsep Demokrasi

1. Istilah demokrasi berasal daripada perkataan Greek, iaitu demos (rakyat) dan kratos (pemerintahan).

2. Diasaskan oleh kerajaan Greek Purba ( abad ke-4 M).

3. Dikembangkan oleh beberapa cendiakawan Greek antaranya Socrates, Plato, Aristotle dan Pericles.

4. Sebelum wujud konsep ini, beberapa negara telah mengamalkan sistem monarki/beraja.

5. Pada zaman Renaissance (1400-1600 T.M), konsep demokrasi telah diamalkan dan mula memandang sistem monarki bersifat menindas.

6. Robert A. Dahl mendefinisikan demokrasi corak moden adalah memberi ruang dan hak kepada rakyat untuk membuat keputusan.


Sumber : Teks Pengajian Tinggi Fajar Bakti. Pengajian Malaysia (2004)

Gambar daripada Google image

0 comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails