Selamat maju jaya

Selamat maju jaya

Mutiara Kata

Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran.

Kata-kata Indah

Jika kita berbuat baik, kebaikan pula yang akan kita terima kelak.
 

UJIAN PENGUKUHAN

BAB 1 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA
Soalan Pengukuhan
Jawab soalan dibawah. Pilih jawapan yang tepat.

1. Antara organisasi berikut, yang manakah merupakan organisasi tertinggi dalam  pembentukan dasar negara?
    A. YDPA                                                                C.Perdana Menteri
    B. Kabinet                                                             D. Majlis Tertinggi Negara

2.  Agensi yang bertanggungjawab melaksanakan sesuatu dasar ialah
     A. Kementerian                                                    C. Suruhanjaya
     B. Kabinet                                                            D. Majlis Raja-raja


3. Teori pengasingan kuasa (eksekutif, legislatif dan kehakiman) dalam sistem pentadbiran Malaysia dikemukakan oleh
     A. W.R Roff                                                         C. Lord Cobbold
     B. Montesqiue                                                      D. Lord Landsdowne

4.  Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dilantik oleh
     A. YDPA                                                               C. Timbalan Menteri
     B. Perdana Menteri                                               D. Hakim

5.  Badan kehakiman berkuasa dalam
     A. Mentafsir dan menguatkuasakan perlembagaan
     B. Menjatuhkan hukuman bagi pesalah-pesalah
     C. Menjalankan dasar-dasar kerajaan
     D. Menguatkuasakan undang-undang negara


Klik untuk semak jawapan


BAB 2 DEMOKRASI DI MALAYSIA

Soalan Pengukuhan
Jawab soalan dibawah. Pilih jawapan yang tepat.

1. Konsep raja berperlembagaan membawa maksud
 A. Segala dasar, tindakan dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan adalah berdasarkan undang-undang dan perlembagaan negara
    B. Raja bertindak atas nasihat Perdana Menteri
    C. Raja dilindungi oleh perlembagaan
    D. Raja merupakan ketua negara

2. Secara umumnya, perkara terpenting dalam sistem pemerintahan demokrasi ialah
    A. Raja atau pemerintah                           C. Sistem pemerintahan
    B. Rakyat                                                 D. Parlimen

3. Kuasa tertinggi di Malaysia ialah
    A. Mahkamah Agung                                 C. Yang di-Pertuan Agong
    B. Majlis Raja-raja                                    D. Perlembagaan Malaysia

4. Siapakah yang berkuasa membubarkan Parlimen?
    A. Yang di-Pertuan Agong                           C. Ketua Menteri
    B. Perdana Menteri                                     D. Yang Dipertua Dewan Rakyat

5. Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengandungi:
    A. 122 Perkara                                           C. 133 Perkara
    B. 131 Perkara                                           D. 171 Perkara


Klik untuk semak jawapan


BAB 3 PERLEMBAGAAN DI MALAYSIA

Soalan Pengukuhan
Jawab soalan dibawah. Pilih jawapan yang tepat.

1. Apakah  yang dimaksudkan dengan Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan?
   A. Negara yang dibentuk dengan persetujuan beberapa buah negeri dan kerajaan Pusat  diberikan kuasa tertentu, di samping kerajaan Negeri dengan kepentingan-kepentingan tempatan.
     B. Mengandungi Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada zaman British dahulu.
     C. Semua negeri mesti patuh kepada kerajaan pusat.
     D. Kerajaan dilantik oleh rakyat.

2. Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar mengenai konsep ketertinggian perlembagaan?
    A. Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan.
    B. Perlembagaan tidak boleh diubah.
    C. YDPA memerintah berdasarkan perlembagaan.
 D. Kuasa perundangan juga tertakluk kepada peruntukan-peruntukan perlembagaan.

3. Pilih pernyataan yang salah mengenai YDPA.
    A. Bertindak sebgai Ketua Negara.
    B. Lambang taat setia.
 C. Ketua ketiga-tiga cabang kerajaan, iaitu pentadbiran, perundangan dan kehakiman.
    D. YDPA tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah.

4. Perkara yang tidak termasuk dalam Senarai Persekutuan ialah:
    A. Keselamatan dalam negeri               C. Kewarganegaraan                          
    B. Pertahanan                                     D. Mahkamah Syariah

5. Asas Perlembagaan Malaysia yang terbentuk pada hari ini adalah berdasarkan
    A. Perlembagaan Persekutuan 1948         C. Perlembagaan United Kingdom
    B. Perlembagaan Tanah Melayu 1957       D. Perlembagaan Malayan Union

BAB 4 PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Soalan Pengukuhan
Jawab soalan dibawah. Pilih jawapan yang tepat.

1. Menurut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, YDPA bertanggungjawab untuk menjaga kedudukan istiwewa orang Melayu dengan mendapati nasihat daripada

     A. Sultan/ Yang Dipertua Negeri                   C. Perdana Menteri
     B. Jemaah Menteri                                       D. Timbalan Menteri

2. Apakah majlis yang menasihati raja mengenai hal yang berkaitan dengan agama Islam?
    A. Majlis Agama Islam
    B. Majlis Raja-raja
    C. Majlis Adat Istiadat Melayu
    D. Majlis Kebangsaan Hal-Ehwal Agama Islam

3. Antara pernyataan berikut, siapakah yang bertanggungjawab untuk menjaga hak istimewa orang Melayu di Persekutuan Malaysia?
    A. YDPA                                                       C. Perdana Menteri
    B. Sultan atau Yang Dipertua Negeri               D. Ketua Setiausaha Negara

4. Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai kebebasan asasi
   A. Tidak seorang pun boleh dibuang negeri atau ditahan daripada memasuki Persekutuan.
   B. Kerja-kerja yang berkaitan dengan hukuman penjara dikira sebagai kerja kerahan atau  paksa.
   C. Setiap warganegara berhak untuk bercakap dan mengeluarkan fikiran.
   D. Warganegara berhak untuk mengembangkan agamanya.

5. Antara pernyataan berikut, yang manakah merupakan asas kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia?
   A. Perlembagaan Persekutuan 1909            C. Perlembagaan Tanah Melayu 1957
   B Perlembagaan Persekutuan 1948             D. Perlembagaan Inggeris





Related Posts with Thumbnails