Selamat maju jaya

Selamat maju jaya

Mutiara Kata

Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran.

Kata-kata Indah

Jika kita berbuat baik, kebaikan pula yang akan kita terima kelak.
 

Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri

Saturday, August 14, 2010

Kandungan Ringkas Perlembagaan Persekutuan


1. Senarai Persekutuan
Meliputi perkara mengenai hal-ehwal luar negara, pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang jenayah dan sivil, kewarganegaraan dan lain-lain.

2. Senarai Bersama
Meliputi perkara yang membolehkan badan perundangan negeri membuat undang-undang selagi ia tidak bertentangan dengan undang-undang Persekutuan. Contohnya, perlindungan bagi binatang liar, biasiswa, perlindungan kanak-kanak, perancangan bandar dan kampung dan lain-lain.

3. Senarai Negeri
Meliputi perkara-perkara yang diserahkan kepada negeri seperti hukum syarak, undang-undang diri dan keluarga orang Islam, hari kelepasan negeri dan lain-lain.

Ketertinggian Perlembagaan
Malaysia merupakan sebuah persekutuan yang mempunyai sebuah perlembagaan bertulis. Menurut Tun Mohammed Suffian, bekas Ketua Hakim Negara, Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah yang tertinggi. Ketertinggian Perlembagaan ini dapat dilihat pada peruntukan berikut:

1.Parlimen
Memperoleh kuasa daripada perlembagaan yang kan menentukan kuasa perundangan kerajaan Persekutuan di satu pihak dan kepada tiap-tiap buah negeri di pihak yang lain.

2. Perlembagaan
Menentukan perkara bersama yang membolehkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang mengenainya. Contoh undang-undang yang boleh dibuat oleh Parlimen ialah pertahanan, pelajaran, hal-ehwal negara dan sebgainya.

3. Kedudukan YDPA
Baginda sebagai Ketua Negara, lambang taat setia rakyat, lambang negara, Ketua Parlimen, Ketua Pemerintah dan sebagainya.

4. Kuasa perundangan
Dijalankan oleh berbagai-bagai badan perundangan juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan. Kuasa kehakiman juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan.

5. Kebabasan asasi
Merupakan elemen penting dalam sesebuah negara yang mengamalkan sestem demokrasi berparlimen. Kerajaan tidak boleh membuang negara seseorang warganegara, tidak boleh menahan seseorang warganegara daripada pulang ke tanah airnya, tidak boleh memaksa seseorang itu menjadi buruh paksa dan tidak boleh memenjarakan mana-manan orang melainkan menurut undang-undang.

Perlembagaan Negeri
Terbentuk hasil daripada perkongsian antara negeri yang menganggotai Persekutuan Malaysia. Negara-negara yang bergabung di dalam Persekutuan Malaysia sememangnya diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab yang telah diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagan Negeri.

Kesimpulan
Kewujudan perlembagaan sebagai asas undang-undang mempunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk perjalanan pemerintahan negara ini. Walaupun ia sebuah perlembagaan yang terlalu panjang dan terperinci setakat ini, ia telah berjaya melincinkan pentadbiran negara, mewujudkan keamanan dan kestabilan negara.

Sumber : Teks Pengajian Tinggi Fajar Bakti. Pengajian Malaysia (2004)

0 comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails