Selamat maju jaya

Selamat maju jaya

Mutiara Kata

Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran.

Kata-kata Indah

Jika kita berbuat baik, kebaikan pula yang akan kita terima kelak.
 

BAB 4 PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Saturday, August 14, 2010

BAB 4 PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Bab ini akan membincangkan tentang peruntukan utama yang terkandung dalam perlembagaan. Selain itu membincangkan hak asasi kebebasan individu.


Pengenalan

Perlembagaan Persekutuan Malaysia terhasil sejak kemerdekaan masih mengekalkan peruntukan-peruntukan penting dalam perlembagaan seperti hak asasi, kewarganegaraan, hak istimewa orang Melayu, agama dan bahasa. Ini merupakan satu langkah untuk merealisasikan cita-cita mewujudkan sebuah negara yang demokrasi dan adil untuk semua pihak.


BAHASA

Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan semenjak abad ke-15 dengan wujudnya Kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman penjajahan British, bahasa Melayu mulai merosot memandangkan bahasa Inggeris lebih diutamakan. Kedudukan bahasa Melayu dikaji semula dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Kedudukan bahasa Melayu telah dimaktubkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memperuntukkan bahasa Melayu mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi (termasuk apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam). Perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan tidak ada sesiapa pun yang dilarang daripada menggunakan bahasa lain selain bahasa Melayu.




AGAMA

Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, tetapi Perlembagaan Persekutuan juga memberi kebebasan kepada semus individu untuk mengamalkan agamanya sendiri secara aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan. Raja/sultan bertindak sebagai Ketua Agama di negerinya. Manakala, YDPA juga berperanan sebagai Ketua Agama Islam hanya di negerinya sahaja, Melaka, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan termasuk Sabah dan Sarawak. Mengikut perlembagaan, agama Islam terletak dalam Senarai Negeri. Ini bermaksud hanya negeri-negeri sahaja yang berkuasa dalam hal perundangan agama Islam. Antara perkara yang terkandung di bawah kuasa perundangan negeri mengenai Islam ialah:


1. Hukum syarak dan undang-undang diri dan keluarga

2. Adat istiada Melayu

3. Wakaf

4. Fitrah

5. Zakat

6. Baitulmal

7. Masjid

8. Mahkamah Syariah


KEWARGANEGARAAN

Peruntukan-peruntukan pemerolehan keawrganegaraan disenaraikan dalam Bahagian 3, Perkara 14 hingga Perkara 22 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 23 hingga Perkara 28 Perlembagaan Persekutuan pula, menyenaraikan ciri yang berkaitan dengan kehilangan kewarganegaraan. Seseorang itu boleh mendapatkan kewarganegaraan melalui empat cara, iaitu:


1. Secara kuat kuasa undang-undang

2. Secara pendaftaran/permohonan

3. Secara masukan/naturalisasi

4. Secara cantuman wilayah


Sumber : Teks Pengajian Tinggi Fajar Bakti. Pengajian Malaysia (2004)

1 comments:

Unknown said...

Sis boleh bagi x contoh perlembagaan kita y tdk lagi dijunjung (peruntukan istimewa)..

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails