Selamat maju jaya

Selamat maju jaya

Mutiara Kata

Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran.

Kata-kata Indah

Jika kita berbuat baik, kebaikan pula yang akan kita terima kelak.
 

HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU

Saturday, August 14, 2010

Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai:

1. Seorang yang beragama Islam.

2. Bertutur bahasa Melayu.

3. Mengamalkan adat istiadat Melayu.

4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari merdeka dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Manakala, Bumiputera di Sabah dan Sarawak (termasuk bukan Melayu) tergolong menerima keistimewaan seperti mana yang diperoleh orang Melayu di Tanah Melayu. Antara perkara yang termasuk dalam keistimewaan orang Melayu sebagai kaum Bumiputera ialah:

1. Perkhidmatan awam

2. Ekonomi

3. Pendidikan


KEBEBASAN ASASI

Kebebasan asasi seseorang individu telah diperuntukkan dalam bahagian-bahagian Perlembagaan Persekutuan. Perkara-perkara kebebasan asasi adalah seperti berikut:

1. Kebebasan diri

2. Keabdian dan kerja paksa

3. Kesamarataan di sisi undang-undang

4. Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak

5. Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan

6. Kebebasan beragama

7. Kesamarataan dalam pelajaran

8. Hak untuk berharta

9 Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang


Kesimpulan Perlembagaan Persekutuan Malaysia mempunyai satu garis panduan untuk pemerintahan negara. Tanpa perlembagaan, sistem pemerintahan dan kawalan sukar dilaksanakan. Peruntukan utama perlembagaan memberi suatu gambaran jelas kepada rakyat.


Sumber : Teks Pengajian Tinggi Fajar Bakti. Pengajian Malaysia (2004)

0 comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails