Selamat maju jaya

Selamat maju jaya

Mutiara Kata

Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran.

Kata-kata Indah

Jika kita berbuat baik, kebaikan pula yang akan kita terima kelak.
 

BAB 3 PERLEMBAGAAN DI MALAYSIA

Saturday, August 14, 2010

Dalam bab ini akan membincangkan konsep perlembagaan, tujuan perlembagaan dan konsep-konsep pembahagian kuasa antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Negeri.

Pengenalan

Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka terdapat Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanan Melaka. Sementara itu, setiap negeri pula mengamalkan adat tradisional, iaitu Adat Temenggung dan Adat Pepatih. Adat Pepatih biasannya diamalkan di Negeri Sembilan dan Melaka. Masyarakat Melayu tradisional mementingkan adat dalam kehidupan mereka. Perlembagaan moden hanya diperkenalkan setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan diperkemas setelah terbentuknya Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.



Konsep Perlembagaan

Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara. Kewujudannya untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara. Selain itu, perlembagaan juga berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang-undang sama ada di pihak pemerintah sebagai garis panduan pembentukan undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat. Perlembagaan juga bermatlamat untuk memberikan jaminan dan perlindungan kepada rakyat. Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengandungi 131 Perkara yang menyentuh pelbagai aspek pemerintahan seperti kebebasan asasi, kuasa dan kedudukan YDPA, keistimewaan Raja-raja Melayu dan hak orang Melayu, soal bahasa Melayu, agama, kewarganegaraan, kehakiman dan sebagainya.


Bentuk-bentuk Perlembagaan

Terbahagi kepada dua jenis, iaitu perlembagaan bertulis dan perlembagaan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu surat. Perlembagaan bertulis mengandungi tiga sifat utama, iaitu:


1. Kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan tersebut yang membolehkannya dipinda.

2. Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang terhadap perkara yang terkandung dalam perlembagaan, tetapi Parlimen dilarang membuat undang-undang yang bertentangan dengan kebebasan asasi.

3. Mahkamah mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang dan melindungi perlembagaan.

Perlembagaan tidak bertulis pula merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat. Contohnya, Akta Parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah.


Sumber : Teks Pengajian Tinggi Fajar Bakti. Pengajian Malaysia (2004)

0 comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails