Selamat maju jaya

Selamat maju jaya

Mutiara Kata

Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran.

Kata-kata Indah

Jika kita berbuat baik, kebaikan pula yang akan kita terima kelak.
 

Komponen Utama Dalam Sistem Kerajaan Malaysia

Saturday, August 14, 2010

i) Badan Eksekutif (Pentadbiran)
Di Malaysia, kuasa eksekutif dijalankan oleh pentadbiran peringkat persekutuan kerajaan negeri dan juga kerajaan tempatan.

Kuasa Eksekutif Peringkat Persekutuan
YANG DI-PERTUAN AGONG (YDPA)
Dalam bidang eksekutif, YDPA bertindak sebagai Ketua Negara atau Ketua Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan kuasa tertentu kepada baginda. YDPA memainkan empat peranan iaitu:

1. Perkara 39 Perlembagaan Perkesutuan- YDPA bertindak sebagai punca kuasa esksekutif.
2. Perkara 40 (2)a Perlembagaan Persekutuan- memperuntukan kuasa budi bicara baginda untuk melantik Perdana Menteri.
3. Perlembagaan Persekutuan Perkara 43- memberi kuasa kepada baginda untuk melantik Jemaah Menteri.
4. Perkara 40 (2)b Perlembagaan Persekutuan- memperuntukkan kuasa kepada baginda untuk mempersetujui atau tidak mempersetujui pembubaran Parlimen.
Komponen utama dalam sistem kerajaan Malaysia dapat dilihat melalui gambar rajah di bawah:


JEMAAH MENTERI

Perkara 43 (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukan ahli-ahli Jemaah Menteri dilantik oleh YDPA untuk menasihati baginda dalam menjalankan tugasnya.

Perkara 43 (3) Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan YDPA dikehendaki melantik seorang Perdana Menteri yang menang dalam pilihan raya umum dan biasanya menjadi ketua parti pemerintah untuk mengetuai kabinet.

Jemaah Menteri adalah:

i) Jemaah Menteri merupakan badan tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif.

ii) Ahli-ahli Jemaah Menteri bertanggungjawab di atas segala keputusan yang dibuat oleh jemaah menteri.


KEMENTERIAN

i) Merupakan agensi tertinggi dalam jentera pentadbiran persekutuan.

ii) Portpolio seorang Perdana Menteri dijalankan oleh Jabatan Perdana Menteri.


ANTARA KEMENTERIAN DI MALAYSIA:

§ Jabatan Perdana Menteri

§ Kementerian Belia dan Sukan

§ Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan & Warisan

§ Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

§ Kementerian Kerja Raya


Sumber : Teks Pengajian Tinggi Fajar Bakti. Pengajian Malaysia (2004)

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kementerian-kementerian_di_Malaysia

4 comments:

Unknown said...

minta izin utk share maklumat ini dgn student sy,.. :)

Unknown said...

ada slide x untuk badan eksekutif?dlm form yg lebih mudah untuk difahami.

Unknown said...

ada slide x untuk badan eksekutif?dlm form yg lebih mudah untuk difahami.

xalbadoranaito said...

Casinos not allowed on tribal gaming - DRMCD
Casinos with gaming machines, table games, 세종특별자치 출장샵 or 군산 출장샵 live entertainment will be banned 구리 출장샵 from using the casino 경주 출장안마 floor. 진주 출장안마 By continuing to accept the casino's

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails