Selamat maju jaya

Selamat maju jaya

Mutiara Kata

Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran.

Kata-kata Indah

Jika kita berbuat baik, kebaikan pula yang akan kita terima kelak.
 

Saturday, August 14, 2010

Pentadbiran Peringkat Negeri

i) Segala urusan pentadbiran Perlembagaan Negeri diperuntukkan oleh Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan.

ii) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan perkara-perkara yang menjadi tanggungjawab kerajaan negeri seperti agama, pertanian, pendidikan, perhutanan, pentadbiran tanah, air dan sebagainya.


ii) Badan Legislatif (Perundangan)

Badan perundangan peringkat persekutuan terbahagi kepada:



Yang di-Pertuan Agong

i) YDPA bertindak sebagai Ketua Negara.

ii) YDPA dilantik lima tahun sekali daripada kalangan sembilan orang raja Melayu yang dipilih oleh Majlis Raja-raja.

iii) Antara tugas YDPA ialah:

a. Tugas mengikut nasihat

b. Tugas mengikut budi bicara

c. Pemerintah tertinggi angkatan tentera

d. Memperkenan rang undang-undang

e. Pengisytiharan darurat

f. Kuasa pengampunan


Majlis Raja-raja

i) Merupakan badan rasmi yang paling tinggi kedudukannya.

ii) Ia dianggotai oleh sembilan orang sultan dan empat gabenor/ Yang Dipertua Negeri.

iii) Antara bidang tugas Majlis Raja-raja ialah:

a. Memilih YDPA dan timbalan YDPA.

b. Memberi persetujuan/penolakan tentang adat istiadat agama Islam bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu, kecuali Sabah dan Sarawak

c. Memberi persetujuan/ enggan memberi persetujuan kepada mana-mana undang- undang atau memberi nasihat tentang perlantikan mana-mana jawatan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja.

d. Memikirkan tentang polisi negara dan apa-apa perkara yang difikirkan patut untuk pembangunan negara.


Parlimen

Perkara 44 Bahagian 4, Bab 4, Perlembagaan Persekutuan, memperuntukan kuasa perundangan dan persekutuan terletak pada Parlimen yang mengandungi YDPA, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Fungsi dan Kuasa Parlimen

Dalam bidang perundangan, parlimen berkuasa untuk membuat undang-undang yang ditentukan oleh Perlambagaan Persekutuan menerusi Perkara 66, 68, Bahagian 4, Bab 5. Antara fungsi Parlimen ialah:

i) Kuasa perundangan, iaitu kuasa membuat, meminda/memansuhkan undang-undang.

ii) Mengenakan cukai-cukai baharu, tambahan atau memansuhkan mana-mana cukai.

iii) Meluluskan belanjawan negara bagi satu-satu tahun tertentu.


Sumber : Teks Pengajian Tinggi Fajar Bakti. Pengajian Malaysia (2004)

0 comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails