Raja Berperlembagaan
Perlembagaan telah memperuntukan bahawa Ketua Negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Perkara ini dipertuntukkan dalam Bahagian 4, Bab 1, Perkara 32. Perlantikan YDPA dibuat oleh Majlis Raja-raja secara bergilir-gilir selepas lima tahun. Sebagai Ketua Negara, YDPA memegang kuasa tertinggi dalam pentadbiran negara seperti perundangan, pentadbiran, kehakiman, ketenteraan dan sebagainya menurut Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan.
