Selamat maju jaya

Selamat maju jaya

Mutiara Kata

Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran.

Kata-kata Indah

Jika kita berbuat baik, kebaikan pula yang akan kita terima kelak.
 
Showing posts with label BAB 2. Show all posts
Showing posts with label BAB 2. Show all posts

Pilihan Raya

Saturday, August 14, 2010


Dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat ialah penentu kepada pembentukan kerajaan melalui pilihan raya umum yang diadakan setiap lima tahun sekali. Pilihan raya mula diperkenalkan di Tanah Melayu sejak sebelum merdeka di mana pilihan raya pertama Tanah Melayu telah diadakan pada tahun 1955.


Prinsip Utama Sistem Demokrasi Berparlimen



Raja Berperlembagaan

Perlembagaan telah memperuntukan bahawa Ketua Negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Perkara ini dipertuntukkan dalam Bahagian 4, Bab 1, Perkara 32. Perlantikan YDPA dibuat oleh Majlis Raja-raja secara bergilir-gilir selepas lima tahun. Sebagai Ketua Negara, YDPA memegang kuasa tertinggi dalam pentadbiran negara seperti perundangan, pentadbiran, kehakiman, ketenteraan dan sebagainya menurut Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan.


BAB 2 DEMOKRASI DI MALAYSIA

Dalam bab ini akan membincangkan tentang konsep demokrasi dan perjalanan demokrasi di Malaysia. Selain itu mengetahui teras kepada konsep demokrasi di Malaysia.

Pengenalan

Sebelum kemerdekaan, Tanah Melayu diperintah secara berasingan oleh British iaitu Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB), Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) dan Negeri-negeri Selat (NNS). Ketiga-tiga bentuk pentadbiran ini diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Kemudian timbulnya desakan daripada orang tempatan untuk menyertai Majlis Perundangan Persekutuan (MMP).




Related Posts with Thumbnails